TIPS AGAR PINJAMAN DAPAT DILULUSKAN

Adakah anda pernah mengalami masalah ketika ingin membuat pemohonan pinjaman kewangan? Banyak antara kalangan mereka yang membuat pemohonan pinjaman kewangan akan sukar diluluskan terutama pada mereka yang mempunyai sejarah kewangan yang buruk dan tidak memiliki dokumen yang lengkap semasa proses pemohohonan pinjaman. Juga ia sering terjadi kepada mereka yang bekerja namun tidak memiliki caruman EPF yang konsisten ataupun kepada mereka yang menerima duit secara tunai sebagai suatu bentuk penggajian mereka, tidak membayar cukai dan juga kepada kebanyakan pekerja yang bergerak secara ‘freelance’.

Hubungi Kami di +60 11-4000 7123 untuk Perundingan Percuma

Hubungi Kami Sekarang!!!

Ini juga sering berlaku kepada mereka yang mempunyai pekerjaan namun tidak memiliki pendapatan secara konsisten dan bekerja di dalam syarikat yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Situasi ini menyebabkan institusi perbankan agak berat hati untuk meluluskan pinjaman anda kerana meragukan  status pekerjaan dan pendapatan anda. Terutamanya kepada syarikat ‘freelance’ mereka tidak mencarumkan sebarang caruman EPF pada pekerja mereka dan ia boleh menyebabkan skor kredit anda menjadi tidak memuaskan dikalangan mereka.

Walaupun kelihatan agak menakutkan namun tips di bawah untuk cara agar anda mampu memohon pinjaman peribadi yang boleh diluluskan dengan mudah sebenarnya adalah satu proses yang sangat mudah. Berikut adalah antara cara-cara   untuk anda ikuti untuk mendapatkan kelulusan pinjaman daripada bank.

  • Sediakan semua dokumen-dokumen yang diperlukan oleh pihak bank bagi memproses kelulusan permohonan pinjaman. Jika anda mampu menyediakan dokumen tersebut secara lengkap akan memudahkan prosesnya.
  • Mendapatkan pekerjaan yang normal seperti orang lain yang memiliki gaji yang dikredit terus masuk ke akaun peribadi anda dan beserta dengan caruman bulanan daripada pihak majikan dan anda masuk terus ke akaun EPF anda.
  • Lakukan apa sahaja yang diminta oleh pihak bank terutamanya jika anda mempunyai masalah dari segi sering lewat membayar pinjaman atau sering tertinggal suatu tempoh dalam pembayaran pinjaman tersebut.
  • Membuat pemohonan menggunakan nama dua orang adalah lebih mudah terutamanya untuk mendapat kelulusan bank, tetapi dengan syarat bahawa kedua-dua pemohon tersebut hendaklah bekerja, mempunyai gaji tetap, gaji yang mencukupi untuk pembelian rumah bersama komitmen yang rendah dan cantik.
  • Walaupun anda mungkin terlibat dalam perniagaan yang berasaskan tunai, anda sebaiknya perlu cuba untuk kreditkan kesemua pendapatan perniagaan yang anda perolehi itu dalam bank akaun anda.
  • Segala surat pelepasan juga mesti disimpankan terutamanya jika anda telah menyelesaikan pinjaman, kad kredit dan sebagainya kerana jika anda ingin tahu, laporan CCRIS sebenarnya adalah dikemaskini sebulan sekali sahaja.

Dengan itu adalah lebih baik sekiranya anda beralih kepada pinjaman berlesen yang boleh menyelesaikan masalah anda tanpa mengalami banyak kesulitan . Pinjaman berlesen turut menawarkan anda dengan skim pinjaman peribadi yang boleh membantu anda untuk membiayai perniagaan anda samada anda digunakan dalam  proses untuk mengembangkan perusahaan anda ataupun menambah modal perniagaan, segalanya bakal menjadi lebih mudah dengan kami.